
Program ‘Back To Back Lane’ bakal mengubah lorong belakang di daerah ini yang dipandang negatif, menjadi kawasan baharu yang menarik untuk kunjungan penduduk dan pelancong.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar (MPM), Mustaffa Kamal Shamsudin, berkata menerusi program itu, lukisan mural akan dipaparkan di lorong belakang Jalan Maharani hingga ke Jalan Ali, untuk dilihat lebih positif, ceria dan bersih.Katanya, bertemakan ‘Tuanku Payung Negeri’, lukisan mural itu akan mempamerkan sejarah kesultanan Johor dan sejarah bandar ini serta potensinya.“Kita tidak mahu lukisan muralnya sahaja tetapi ia mesti disertakan dengan maklumat pengkisahannya. Caranya ialah dengan menggunakan ‘Quick Respone Code’ atau QR Code.
MUAR STREET ART
Street Art di Muar adalah jalan yang penuh dengan mural yang indah, seni jalanan menggambarkan corak kehidupan awal dan sejarah Muar, ia menampilkan rupa Malaysia yang pelbagai budaya.Yang penting mesti melihat kawasan sekitar Jalan Ali / Jalan Haji Abu yang dikenali sebagai Hunger Street, dengan pelbagai restoran dan gerai makanan yang menyajikan semua jenis makanan Malaysia, terutama orang Cina, termasuk semua hidangan yang terkenal di Muar.
![]() Mural kartun di dalam permandangan dalam air juga ada di sini | ![]() | ![]() Mural di Jalan Meriam ini kebanyakkannya mural mengenai sejarah muar |
---|---|---|
![]() | ![]() Pintu masuk lorong yang terdapat banyak mural di Jalan Abdullah, Muar | ![]() |
![]() Street art yang terdapat banyak jenis tarian tradisional masyarakat di Muar berbilang kaum | ![]() | ![]() Mural di luar restoran Berhampiran kawasan china Town, Muar |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() Kawasan ini pula dipenuhi dengan mural kartun animasi untuk menarik perhatian kanak kanak | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |